life

~~~JANGAN sekali2 cuba MENCURI hak PERIBADI dalam blog ini samada DENGAN SENGAJA atau TIDAK SENGAJA.. Blog ini adalah hak cipta terpelihara,kalau ade silap & salah maaf la yea..n klau ade yg menginggung perasaan tu tak payah la masuk blog ni yea..*-^ .. Thanks kpd yg sudi singgah, sudi FOLLOW klu tak sudi tak yah la singgah.Hehe.. Keep in touch ok!~~~

28 Sep 2011

Mee Hoon Singapore

Mee Hoon Singapore by my Mum

Sumber : Air tangan Mak

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • mee hoon
  • kiub maggi ayam (x1)
  • air (periuk sederhana besar)
  • bawang putih (dicincang & 2 ulas)
  • sotong/udang/ayam(1 mangkuk)
  • garam (secukup rasa)
  • serbuk lada hitam (1 sudu besar)
  • lobak merah (dihiris-panjang 3 cm,lebar 1/2 cm-,2/3 biji setiap jenis sayur)

Cara-cara

  1. Rendam mee hoon  supaya lembut
  2. Tumiskn bawang putih, masukkan kiub maggi ayam & garam secukup rasa
  3. Masukkan sotong/udang/ayam/daging dan didihkn dgn api sederhana sehingga ia masak
  4. Masukkan lobak merah dan didihkn selama 2 minit
  5. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati dengan mee hoon tadi.
  6. Hidang sementara panas 
Selamat mencuba..

    27 Sep 2011

    Rumah Terbuka Luas.....Tq yg sudi dtg

    Alhamdullilah semua berjalan dgn lancar..makanan pn cukup utk tetamu..semoga ikatan persaudaraan kita berkekalan..layan je la gambo ni yee..gambo mkanan xsempat nak snap bz melayan tetamu n makanan sampai agak lambat..tp sume puji sedappp..len kali leh buat lg kate dieorg..insya allah klu ade rezeki lebih..








    penat yg amat melayan tetamu tp seronok dapat berkumpul ramai2..kul 12 siap kemas semua pastu pe lg zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ler..

    daaa

    15 Sep 2011

    Ikan Patin Masak Tempoyak


    Ikan Patin Masak Tempoyak
    Sumber resepi: tq77 myresipi.com


    Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
    2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
    6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
    15 biji cili api (ditumbuk halus)
    2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
    1 biji timun cina (dipotong dadu) ( ni ros tak letak)
    2 ikat daun kesum
    2 ikat bunga kantan
    sedikit asaam keping
    3 cawan air (ikut kepekatan)
    garam (ikut rasa)
    gula (kalau agak terlalu pedas) ( ni tak letak pun takpe)

    Cara-cara

    1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.
    2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
    3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba
    4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

    Selamat Mencuba

    1 Sep 2011

    Selamat Hari Raya

    Da lame bgt x hupdate blog maklum la bz giler mengalahkan Pm..Mane tak nye dlm bln ni aku terbang ke sana sni meneman en. kangkungku..Alhamdulillah usaha En.K aku selama ni akhirnya dpt jugak die projek ni..Aku pn tumpang gumbira la wlpn terpaksa berkorban raya dlm keadaan yg memenatkan..


    Raya pertama (Melaka)

    1st time aku beraya tanpa ahli keluargaku yg ramai, sedey xbley nk ckp la..sepanjang perjlnan ke melaka aku asyik duk menangis jer naik rimas En.K aku..Aku tgh sedey biarla aku nangis kan..adik2 aku ni bongot tol la dieorg  leh anto msg2 yg buat aku bertambah sedey..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...akceli selonok jugak beraya di tempat org ni, org melaka ni semua rumah mesti ado rendang tak makan nasi aku satu hari..Ptg blk Kl sempat lg ronda2 kt KLCC mak aiii tak mcm raya je kan..En.K selonok la shopping aku ni teman jerk..


    Raya Ke Dua (Kelantan)

    Hurayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy selonok sgt2 dpt gak blk kg..aku ni last minute booking flight blk kelantan laki bz sgt katakan..pe lg aku ambik yg awal pg la xsabau benor nk blk kg jumpa ma n abah tercinta..Alhamdullillah dpt jumpa semua..Laki aku raya ke 3 da blk KL kene settle keja katanya..bz bena weiii..aku mals nk blk so duk kg dlu la, burn la tket aku tertambah kayo la Airasia..huhu
    Damisha Qistina
    Anak buah baruku..anak abgku yg sulung..anak yg ke brape tu?????sgt tembun  geram nk cubit pp..korang mesti geram jugak kan tgk pp Damisha ni..

    Al fatihah buat adik ku tersayang (Muhammad Farid Binti Hj Hassan) telah kembali ke rahmatullah pd 17 Nov 2010.Semoga ditempatkan dlm golongan yg beriman..

    anak arwah, Husna..sgt tomel
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...